Al kisah seorang raja yang menyambut hari lahirnya telah mengadakan suatu pesta dan menjemput seluruh rakyat jelata untuk hadir. Pesta itu diadakan di tepi sebuah kolam yang tenang airnya. Walaupun tenang, terdapat beberapa ekor buaya milik beliau di dalam kolam tersebut. Sementara rakyat jelata sedang menikmati makanan yang lazat-lazat, raja itu menyuruh panglimanya untuk membuang beberapa ekor ayam hidup ke dalam kolam tersebut. Sekelip mata sahaja ayam itu sudah ditelan habis oleh buaya. Ternyata buaya -buaya di dalam kolam tersebut sedang kelaparan. Maklumlah sudah empat hari tidak makan.
Untuk memeriahkan lagi suasana, raja tersebut membuat satu pengumuman "Barang siapa di antara kamu yang dapat berenang ke seberang kolam ini, saya akan hadiahkan wang tunai sebanyak 5 ribu". Namun tidak seorang pun yang berani menyahut cabaran raja tersebut. Raja tersebut kemudiannya menaikkan jumlah hadiah wang tunai kepada 10 ribu. Rakyat jelata riuh tetapi tiada seorang pun yang berani berenang. Raja menaikkan lagi ganjaran kepada 1 juta.
Tiba-tiba ... splash! splash! splash! ... seorang lelaki sudah sampai ke seberang kolam, tercungap-tercungap dia kepenatan. Rakyat jelata bersorak dan memuji lelaki tersebut, raja pun menghampiri lelaki itu dan berkata "Tahniah, kau berjaya, kau lah orang yang paling berani di sini. Sekarang kau mahu wang tunai kah atau cek?"Lelaki yang masih lagi terkapus-kapus itu berkata "Sia inda paduli bah itu duit tunai kah atau sik tapi sia mau tau siapa yang tulak sia masuk tu kulam tadi!!!"
No comments:
Post a Comment