24 perkara jangan dilakukan..
Sesungguhnya di dalam hidup kitadikelilingi oleh perkara-perkara yg.menyeronokkan. Tetapi itulahsesungguhnya yg. mendatangkan keburukankepada kita. Di bawah ini terdapat 24perkara - perkara yg. jangan dilakukanyg. seharusnya kita ambil iktibar supayakita dapat memuhasabah diri sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAHs.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpamemakai alas kaki (selipar). Dikhuatiriterbawa keluar najis dan mengotoriseluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekasyg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianyamerbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg.telah digunakan tidak berbasuh. Makruhdan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh,nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagiitu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membacaBISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah darimuntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niatmembuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg.berlainan pasangan. Makruh dan mewarisikepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bilaberbuat dosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepadakedua ibubapa dan sesama manusia kalaumemang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakantaulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanyakepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerjakita. Nanti sombong bila berjaya dankecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur danmemurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana iaadalah ciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atauhaiwan kerana doa makhluk yg. teraniayacepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati denganurusan dunia. Akhirat itu lebih utamadan kekal selamanya. Carilah kehidupandunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalulama kerana disitulah tempat tinggal jinkafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyankerana asap itu adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membacaBISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salamketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dansyaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAHs.w.t tidak sempurnakan agama seseorangitu jika memakai tangkal ini adalahkerana dikhuatiri kita bergantung kepadatangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAMitu berkata jangan sebab semuanya untukkebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.titu lebih mengetahui.
1 comment:
Betul..betul,info2 sedara mengingatkan sy tentang kejahatan jin.
http://zahan-article.blogspot.com
Askum.
Post a Comment